Lost World of Tambun ditutup 14 hari - Utusan Malaysia

Lost World of Tambun ditutup 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Taman tema Sunway Lost World of Tambun di sini ditutup 14 hari berikutan seorang pengunjungnya disyaki dijangkiti Covid-19.

Taman tema itu dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan melibatkan taman tema dan hotel, bermula hari ini sehingga 26 Oktober ini.

Menurut kenyataan itu, ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan di sekitar taman tema dan hotel.

“Maklumat mengenai pengunjung disyaki dijangkiti Covid-19 diperoleh daripada Kementerian Kesihatan dan kementerian itu telah melakukan pengesanan kontak rapat yang berpotensi.

“Kami berharap orang ramai kekal bertenang. Kami akan terus komited memberi kerjasama dengan pihak yang berkenaan dan Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN