Kulim Malaysia Bhd. lantik Pengarah Urusan baharu - Utusan Malaysia

Kulim Malaysia Bhd. lantik Pengarah Urusan baharu

Mohd. Faris Adli Shukery
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kulim (Malaysia) Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan Mohd. Faris Adli Shukery sebagai Pengarah Urusan baharu syarikat berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memberitahu, pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang ditinggalkan Pengarah Eksekutif, Zulkifly Zakariah yang bersara pada 16 September lalu.

Menurut kenyataan itu, Mohd. Faris, 48, mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam sektor hartanah, perladangan dan kewangan.

“Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dan Ijazah Perundangan dari United Kingdom mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor berkenaan.

“Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan merangkumi bidang pembangunan perniagaan, perancangan korporat, komunikasi dan operasi perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, sebelum menyertai Kulim (Malaysia) Berhad, Mohd. Faris merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Sabah di Sime Darby Plantation. 

“Selain itu, beliau juga pernah bertugas di Sime Darby Oils, Sime Darby Property, AmMerchant Bank dan Bursa Saham Kuala Lumpur,” tambah kenyataan itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.