Kompleks Seri Negeri ditutup, bomba lakukan sanitasi - Utusan Malaysia

Kompleks Seri Negeri ditutup, bomba lakukan sanitasi

JENTERA bomba keluar dari bangunan pentadbiran kerajaan negeri selepas melakukan proses sanitasi di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh ditutup susulan operasi nyah cemar yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, hari ini.

Tinjauan di perkarangan kompleks tersebut mendapati, pengawal keselamatan menutup pintu masuk utama bagi mengelak sebarang kenderaan masuk ke situ.

Selain itu, tular beberapa keping gambar sepasukan anggota bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan proses sanitasi di Seri Negeri.

Tindakan dilakukan dipercayai berkaitan berita tersebar menyatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu pulang dari Sabah dipercayai positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya