Ketua Hakim Syarie negatif Covid-19 - Utusan Malaysia

Ketua Hakim Syarie negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd. Na’im Mokhtar disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam kenyataan berkata, Mohd. Naim yang juga Ketua Pengarah JKSM telah melakukan ujian pengesanan Covid-19 memandangkan beliau merupakan kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu majlis baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun dilaporkan tidak bergejala dan dalam keadaan sihat.

“Beliau telah menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada 6 Oktober lalu di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Beliau telah mengambil keputusan proaktif untuk melakukan ujian saringan tersebut setelah mendapati Menteri berkenaan disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober lalu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Zulkifli menghadiri Majlis Perasmian dan Majlis Penutup Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 (PKPSN 2020) anjuran JKSM pada 29 dan 30 September lalu di Movenpick Hotel and Convention Centre, KLIA Sepang, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN