Kemalangan tiga treler sebab kesesakan teruk - Utusan Malaysia

Kemalangan tiga treler sebab kesesakan teruk

KEADAAN treler yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan kesesakan teruk di Jalan Pelabuhan Barat, Klang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kemalangan melibatkan tiga treler dan sebuah motosikal mengakibatkan kesesakan teruk lebih sejam di Jalan Pelabuhan Barat di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, seorang lelaki yang juga penunggang motosikal berusia 36 tahun cedera pada kaki akibat terjatuh.

Bagaimanapun, tiga pemandu treler lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika satu daripada treler itu berhenti akibat kesesakan jalan. 

“Tidak lama kemudian, kenderaan berat tersebut tiba-tiba dilanggar sebuah treler lain dari arah belakang.

“Perlanggaran seterusnya mengakibatkan sebuah lagi treler dari arah sama hingga mengakibatkan kesesakan di laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya, ketika kejadian penunggang motosikal yang cedera dihantar ke ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.