Kanak-kanak maut tergelincir dalam tali air - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut tergelincir dalam tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK : Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air berhampiran Taman Perumahan Bator Harmoni Seneng, Jelawat, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Samsulmuddin Sulaiman berkata, dalam kejadian pada pukul 3.20 petang, mangsa, Muhammad Danish Aidil Mohd. Hasrol yang bermain bersama dua rakan sebaya jatuh ke dalam tali air itu.

Menurutnya, mangsa diselamatkan orang awam yang juga anggota rela yang kebetulan berada dikawasan berdekatan.

“Mangsa yang lemas dibawa ke Klinik Kesihatan Gunung dan disahkan meninggal di klinik berkenaan oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi malam ini.

MAYAT kanak-kanak yang lemas dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Samsulmuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihak polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok telah dimaklumkan tentang kejadian oleh klinik kesihatan pada pukul 4.15 petang untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN