Kanak-kanak lima tahun dirogol bapa saudara - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lima tahun dirogol bapa saudara

Mohd. Hafiz Muhammad Nor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol anak saudaranya yang berusia lima tahun dalam kejadian di sebuah tandas awam di Hutan Lipur De Bana, Lui Barat, Ayer Hitam dekat sini, 23 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek berusia 22 tahun yang merupakan seorang penganggur ditahan selepas nenek mangsa yang juga ibu saudara suspek membuat laporan polis pada hari yang sama.

Menurutnya, pada hari kejadian kira-kira pukul 2 petang, pengadu berada di rumah abangnya dan mendapati suspek telah membawa cucu perempuannya itu keluar namun tidak diketahui ke mana dan pulang semula pada pukul 4 petang.

“Kemudian pengadu terus pulang ke rumahnya di Kampung Dusat, Ayer Hitam bersama mangsa dan semasa dalam perjalanan pulang mangsa mengadu mengalami kesakitan pada bahagian kemaluan.

“Setelah pengadu bertanya kepada cucunya itu, mangsa memberitahu suspek telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa semasa di dalam tandas di air terjun De Bana, Ayer Hitam dekat sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hafiz, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang dan suspek telah membawa mangsa dan dua adik lelaki suspek yang berusia enam dan empat tahun untuk mandi di air terjun tersebut.

“Semasa sedang membersihkan diri, mangsa mendakwa suspek telah cuba memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa semasa di tempat kejadian. 

“Setelah pulang, mangsa telah menceritakan kejadian tersebut kepada pengadu. Laporan perubatan daripada pakar O&G mengesahkan terdapat kesan koyakan baharu pada hymen mangsa,” katanya yang memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan

Hasil siasatan juga mendapati, mangsa tinggal bersama ibunya di Puchong, Selangor dan telah pulang ke kampung dan tinggal di rumah neneknya sejak pertengahan bulan ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.