Kaki budak 10 tahun tersangkut lubang tandas  - Utusan Malaysia

Kaki budak 10 tahun tersangkut lubang tandas 

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit PULAU PINANG 27 OKT 2020 - selepas kaki kanannya tersangkut pada lubang tandas dalam kejadian di Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang petang tadi. -IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit selepas kaki kanannya tersangkut pada lubang tandas dalam kejadian di Machang Bubok,  di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu yang berlaku di sebuah rumah pukul 4.47 petang.

“Ketika bomba tiba di lokasi kejadian pukul 5.05 petang, didapati kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun tersangkut di dalam lubang tandas.  

“Kita melakukan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas sebelum kakinya berjaya dibawa keluar pukul 5.26 petang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi itu dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya