Hasni negatif Covid-19 - Utusan Malaysia

Hasni negatif Covid-19

HASNI Mohammad yang kini melakukan kuarantin diri secara sukarela mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri secara sidang video dari Saujana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan ujian pengesanan Covid-19 terhadapnya sebanyak dua kali menunjukkan negatif virus tersebut.

Namun beliau masih menjalani kuarantin diri secara sukarela di rumah dalam tempoh 14 hari bermula tarikh pulang dari Sabah.

“Alhamdulillah, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 22 September lalu, saya melakukan ujian pengesanan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif. 

“Kali kedua, ujian pengesanan sama telah dilakukan 27 September juga menunjukkan keputusan yang negatif,” katanya dalam Facebook beliau semalam.

Walaupun kedua-dua ujian itu negatif, beliau mengambil rasa tanggungjawab melakukan kuarantin diri secara sukarela di rumah sehingga tempoh 14 hari.

“Sama-sama kita doakan yang terbaik. Semoga kita semua terhindar dari wabak Covid-19 yang sehingga kini belum berkesudahan,” katanya.

Dalam Facebook, beliau memuat naik gambarnya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri secara sidang video dari Saujana yang merupakan Kediaman Rasmi Menteri Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.