Dr. Aliakbar, ADUN Pas pertama di Sabah - Utusan Malaysia

Dr. Aliakbar, ADUN Pas pertama di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat Pas untuk mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tercapai apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melantik Setiausaha Pas negeri, Dr. Aliakbar Gulasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.

Lima lagi yang turut dilantik hari ini ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Yong Teck Lee; daripada UMNO, Suhaimi Nasir dan Datuk Raimie Unggi; serta Jaffari Walliam dan Datuk Amisah Yassin (Bersatu).

Berdasarkan keputusan yang dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu, pelantikan Teck Lee yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dipercayai adalah untuk mewakili suara masyarakat Cina, Amisah mewakili wanita dan Aliakbar sebagai menghargai toleransi Pas yang akur tidak meletakkan calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-16.

Semua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bersama lima menteri dan 18 pembantu menteri di Istana Negeri hari ini.

Pelantikan itu menjadikan Aliakbar sebagai pemimpin pertama Pas yang menjadi ADUN di negeri itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya