'Cuti' politik, tumpu lawan Covid-19 - Utusan Malaysia

‘Cuti’ politik, tumpu lawan Covid-19

MOHD. AMAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mahu ahli politik ‘bercuti’ seketika daripada membincangkan perihal politik sebaliknya fokus membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) melawan pandemik Covid-19.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ‘gencatan’ politik yang diumumkan sebelum ini dilihat tepat pada masanya di saat negara berdepan Covid-19.

Menurutnya, sebarang kesilapan dalam membuat keputusan dibimbangi boleh memberikan kesan negatif kepada rakyat dan negara.

“Sebab itulah kita menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli politik ‘bercuti’ seketika. Sebaliknya, tumpukan kepada usaha pulihkan ekonomi negara dan lawan Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, Mohd. Amar yang merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan anjuran Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya