Air pasang besar: Kawasan parkir Terminal Feri Antarabangsa Asa Niaga dinaiktaraf - Utusan Malaysia

Air pasang besar: Kawasan parkir Terminal Feri Antarabangsa Asa Niaga dinaiktaraf

Kawasan parkir Kompleks Datuk Shaari Mat Jihin dilimpahi air pasang besar.-UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Susulan air pasang besar yang sering berlaku setiap tahun, kawasan parkir Terminal Feri Antarbangsa Asa Niaga akan dinaik taraf supaya kejadian tersebut tidak berulang.

Pemiliknya, Datuk Shaari Mat Jihin berkata, pihaknya akan menaiktaraf kawasan parkir yang dinaiki air pada waktu yang sesuai.

“Buat masa ini, kompleks ini menempatkan Terminal Feri Antarabangsa Asa Niaga, tetapi tidak beroperasi lagi kerana negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Malah, kerja menaiktaraf ini dilakukan kerana tiada kereta di kawasan parkir ekoran berlaku fenomena air pasang besar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan air pasang besar bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor di kawasan Jeti Pulau Ketam.

Dalam pada itu, Shaari berkata, semasa pihaknya membina kompleks tersebut risiko air pasang besar melimpah turut dijadikan pertimbangan.

“Bagaimanapun, air pasang besar kali ini melebihi 5.8 meter berkemungkinan menyebabkan air naik lebih tinggi daripada biasa.

“Oleh demikian, kita mempertimbangkan untuk menaiktaraf kawasan parkir dengan meninggikan kawasan terbabit bagi memastikan risiko kerosakan dapat diminimakan,”ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya