468 pelajar dikesan positif dadah - Utusan Malaysia

468 pelajar dikesan positif dadah

Zulkifli Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI : Seramai 468 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dikesan positif pengambilan dadah sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata berkata, jumlah itu melibatkan 456 adalah pelajar lelaki dan 12 perempuan terdiri dengan melibatkan pelajar tingkatan tiga hingga lima.

“Statistik ini diperolehi menerusi saringan pengesanan dadah dalam air kencing antara Januari hingga Jun lalu ke atas 22,722 pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

“Hasil ujian air kencing itu seramai 468 pelajar didapati positif penyalahgunaan dadah melibat sekolah-sekolah yang berada di kawasan berisiko tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Malam Apresiasi AADK Negeri Johor di sini semalam.

Zulkifli berkata, pelajar di negeri Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 178 orang, diikuti Sarawak (75), Kedah (53), Selangor (45), Pahang (36), Pulau Pinang (27) dan Kuala Lumpur (20).

“Manakala Perak, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, Kelantan, Melaka dan Sabah masing-masing mencatatkan bilangan antara lapan sehingga seorang pelajar,” katanya.

Beliau menambah terdapat antara jenis dadah yang popular menjadi pilihan pelajar sekolah adalah methamphetamine dengan jumlah kes sebanyak 305, amphetamine (148), ganja (148) dan opiat (13).

Sehubungan itu Zulkifli menyeru pihak berkepentingan termasuk Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan para pelajar sendiri dapat memainkan peranan mengatasi masalah ini.

“Pelajar yang baharu dikesan terjebak dengan penyalahgunaan dadah, kalau kita lakukan program intervensi lebih awal kebarangkalian mereka untuk pulih lebih tinggi, mereka yang sudah lama terjebak boleh pulih namun perlu mangambil masa,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN