38 mangsa banjir di Rantau dipindahkan - Utusan Malaysia

38 mangsa banjir di Rantau dipindahkan

FAZLISYAH Muslim melawat mangsa pusat pemindahan sementara di SK Sega Rantau dekat sini yang terjejas akibat banjir yang berlaku di tiga buah kampung iaitu Kampung Sega Hilir, Kampung Pasir dan Kampung Siliau malam semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 38 mangsa membabitkan 12 buah keluarga daripada tiga buah kampung di Rantau dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat lewat malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Fazlisyah Muslim berkata, tiga kampung yang terlibat ialah Kampung Sega Hilir, Kampung Pasir dan Kampung Siliau.

Jelasnya, kesemua mangsa tersebut kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sega, Rantau. 

“Sehingga kini, 38 mangsa yang melibatkan 12 buah keluarga telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara manakala terdapat tiga buah keluarga yang terdiri daripada 12 orang penduduk telah berpindah ke rumah keluarga terdekat. 

“Kejadian banjir berlaku sekitar pukul 12 tengah malam namun pihak kami hanya boleh memindahkan penduduk pada pukul 5.30 pagi kerana ada kawasan yang telah dinaiki air,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Fazlisyah berkata lagi, banjir yang berlaku di kawasan rendah ekoran hujan yang berterusan daripada pukul 5.30 petang hingga 12 tengah malam semalam. 

“Bagaimanapun, kesemua mangsa selamat dan keadaan ketika ini adalah terkawal dan air di rumah-rumah mangsa masih dalam keadaan statik,” katanya. 

Beliau turut memaklumkan, sehingga pukul 1 petang tadi, mangsa banjir masih belum dibenarkan pulang memandangkan hujan yang dikhuatiri lebat dan paras air Sungai Linggi yang masih tidak menurun dan dijangka ia sehingga lewat petang ini. 

“Pihak kami tidak membenarkan mangsa di pusat pemindahan sementara pulang walaupun banjir telah reda. Kami risau sekiranya paras air makin meningkat berikutan hujan dijangka lebat pada petang ini. 

“Malah kalau saya lihat kapasiti hujan berada lebih pada paras 60 milimeter (mm), ia sehingga menyebabkan air Sungai Linggi melimpah,” katanya. 

Sementara itu, katanya, seramai 20 anggota APM telah bersiap sedia berada di pusat pemindahan sementara tersebut. 

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu memberi bantuan kepada penduduk di pusat pemindahan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.