25 tan daging babi sejuk beku dirampas  - Utusan Malaysia

25 tan daging babi sejuk beku dirampas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas lebih 25 tan daging babi sejuk beku yang cuba dibawa masuk secara haram ke negara ini dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena kira-kira pukul 11.30 pagi selepas mendapati produk itu dibawa masuk tanpa dokumen pengimportan sah.

Ekoran itu, kata beliau, pihaknya menyita produk itu yang dimuatkan di dalam 1,041 kotak seberat 25,886.50 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM413,376.04.

“Hasil siasatan mendapati produk itu cuba dibawa masuk Jerman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zarina berkata, larangan pengimportan daging berkenaan di setiap pintu masuk negara adalah bagi menghalang risiko kemasukan virus African Swine Fever (ASF) ke negara ini.

“Situasi itu akan memberikan impak kepada industri penternakan babi dalam negara.

“Antara produk-produk yang berisiko dalam penularan virus ASF adalah seperti babi hidup, daging babi sejuk beku serta daging babi proses seperti babi salai, sosej babi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.