151 karton arak dirampas - Utusan Malaysia

151 karton arak dirampas

SEORANG daripada dua lelaki yang diberkas bersama 151 karton arak tidak bercukai kastam dirampas dalam dua serbuan di Gelang Patah, Iskandar Puteri, malam kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Sebanyak 151 karton arak seludup berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam dua serbuan berasingan di Gelang Patah, Iskandar Puteri di sini kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 8 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota berjaya mengesan dan mengekori dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pasukan serbuan berjaya memintas kedua-dua kenderaan yang dipandu lelaki tempatan  berusia 28 tahun dan lelaki warga Myanmar berumur 32 tahun.

“Hasil pemeriksaan di Taman Nusaria 8/5 Gelang Patah, sebanyak 64 karton dan kotak arak seludup telah ditemukan dalam kenderaan pertama . 

“Hasil serbuan kedua di Taman Nusaria 8/5, 81550 Gelang Patah ,Johor  pula sejumlah 87 karton minuman dipercayai tidak bercukai kastam telah berjaya ditemukan di bahagian but dan tempat duduk belakang penumpang dalam kenderaan yang dipandu oleh kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhd. Zailani berkata, anggaran nilai keseluruhan rampasan arak dan dua buah kenderaan dianggarkan berjumlah RM 282,281.70. 

Jelasnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua untuk tindakan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d)Akta Kastam 1967. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya