14 tan kelengkapan hospital medan dihantar ke Sabah - Utusan Malaysia

14 tan kelengkapan hospital medan dihantar ke Sabah

ANTARA barangan perubatan terdiri daripada kelengkapan hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihantar ke Tawau menggunakan pesawat A400 milik Tetera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Sebanyak 14 tan barangan perubatan terdiri daripada kelengkapan hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dihantar ke Tawau hari ini.

Penghantaran kelengkapan hospital itu ke Sabah turut disertai 12 pegawai dan 60 anggota termasuk pakar perubatan, pegawai farmasi dan pentadbiran dengan menaiki pesawat A400 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) Leftenan Jeneral Datuk Md. Amin Muslan berkata, hospital itu nanti akan ditempatkan di sana bagi membantu dan sokongan kepada Hospital Tawau.

“Kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan. 100 katil dan empat katil Unit Rawatan Rapi (ICU) diletakkan di sana.

“Kemudahan ini akan ditempatkan di sana sehingga kes Covid-19 menurun, “katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Dalam pada itu. Juruterbang, Mejar Mohd. Shafique Mohd. Amin berkata, lima krew terlibat dalam misi terbabit penghantaran kali ini.

” Unit dari 22 Skudron yang menerbangkan pesawat A400M telah melaksanakan lebih 50 penerbangan dalam misi bantuan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Untuk kali ini kami perlu memakai pakaian pelindung diri (PPE) berbanding sebelum ini dengan hanya menggunakan mask sahaja, ” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya