Ulama main peranan perteguh muafakat PN - Utusan Malaysia

Ulama main peranan perteguh muafakat PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Pas bersyukur diberi peluang mengambil alih pemerintahan negara daripada Pakatan Harapan (PH) melalui muafakat bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, muafakat tersebut perlu diperteguh oleh semua kepimpinan ulama dalam memastikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat dipertahankan.

“Apabila PH hilang majoriti, PN diberi peluang untuk mengambil alih. Kita bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kekuasaan dengan perkongsian pemerintahan.

“Justeru, muktamar tahunan Dewan Ulama Pas Pusat ke-59 yang berlangsung hari ini memilih tema ‘Ulama Perteguh Muafakat,” katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Ke-59 di Markas Dewan Ulama Kelantan (Madu), di sini hari ini.

Perasmian disempurnakan Timbalan Mursyidur Am, Datuk Ahmad Yakub. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya