UiTM tangguh kemasukan pelajar baharu dan semasa - Utusan Malaysia

UiTM tangguh kemasukan pelajar baharu dan semasa

Mohd. Azraai Kassim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua kemasukan pelajar baharu dan semasa dari Sabah di Universiti  Teknologi Mara (UiTM) akan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, penangguhan itu dilakukan susulan mengekang penularan Covid-19 dan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, arahan penangguhan itu juga tertakluk kepada mana-mana pelajar dari Semenanjung ke kampus UiTM di Sepanggar, Sabah serta mereka daripada kawasan di negeri-negeri lain yang diisytiharkan zon merah.

“Para pelajar yang terlibat akan mengikuti mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) sehingga keadaan penularan Covid-19 bertambah baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima peralatan dan kelengkapan pembelajaran kelas dan mesyuarat pintar seperti tiga unit papan pintar, dua komputer riba dan perisian daripada syarikat penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi, Huawei bernilai RM410,000 yang disampaikan Menteri di Kedutaan Besar China di Malaysia, Tang Rui. 

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad dalam kenyataannya semalam menyarankan institusi pengajian tinggi untuk menangguhkan dahulu urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka di kampus masing-masing yang dijadualkan bulan depan. 

Selain UiTM, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut telah mengeluarkan kenyataan penangguhan tersebut terutama pelajar daripada Sabah. 

Mengulas mengenai majlis konvokesyen UiTM, Mohd. Azraai berkata, pelaksanaannya akan dilakukan mengikut norma baharu yang akan dilaksanakan pada November nanti. 

“Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitaannya dalam masa terdekat,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.