Sindiket bekal kad sim dibongkar - Utusan Malaysia

Sindiket bekal kad sim dibongkar

ZAINUDDIN Yaacob menunjukkan antara barangan dirampas dalam serbuan di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur baru-baru ini. – IHSAN SIN CHEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis membongkar sindiket membekal kad sim yang didaftar atas nama individu lain membabitkan peni­puan se­perti Macau Scam, African Scam dan E-belia.

Kad sim dibeli sindiket tersebut digunakan untuk mencari mang­sa bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan ke­giatan mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, jenayah itu terbongkar selepas pihaknya menemukan kira-kira 10,000 imej pasport warga asing dan 313 salinan kad pengenalan warga tempatan dalam komputer milik sindiket untuk tujuan pendaftaran kad sim prabayar berikutan serbuan di premis tiga tingkat di Putra Indah, Nilai di Negeri Sembilan.

Susulan serbuan tersebut, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun dipercayai dalang sindiket menjual kad sim di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak di sini.

“Tangkapan keseluruhan me­libatkan sembilan individu termasuk seorang wanita warga Indonesia dan dua lelaki Bangladesh yang kesemuanya berusia 25 hingga 57 tahun.

“Polis turut merampas 36,500 kad sim, 28 buah kotak sim, enam komputer, dua rou­ter, satu modem, 17 unit telefon bimbit, 120 induk pendaftaran kad sim, 16 kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), wang tunai RM14,9997 dan pelbagai barangan lain dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK di Menara KPJ di sini semalam.

Zainuddin berkata, sindiket membekal kad sim prabayar yang telah didaftarkan dengan pelbagai nama turut menawarkan perkhidmatan panggilan telefon luar negara secara ha­ram tanpa menggunakan gateway syarikat telekomunikasi.

Jelasnya, setiap pasport atau kad pengenalan itu boleh didaftarkan dengan lima nombor atau kad sim prabayar.

“Sindiket bekalkan kad sim prabayar kepada Macau Scam, African Scam atau E-belia de­ngan harga RM15 hingga RM17.

“Ini bagi menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti ahli sindiket penipuan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.