Sekretariat Aid4Labenon kumpul RM838,195  - Utusan Malaysia

Sekretariat Aid4Labenon kumpul RM838,195 

SEBAHAGIAN daripada 41 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Sekretariat Aid4Labenon yang berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM838,195 untuk membantu mangsa tragedi letupan ammonium nitrat yang berlaku di Beirut, Lubnan 4 Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sekretariat Aid4Labenon berjaya mengumpul dana berjumlah RM838,195 bagi membantu mangsa tragedi letupan ammonium nitrat yang berlaku di Beirut, Lubnan, awal bulan lalu.

Ketuanya, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, kesemua dana berkenaan dikumpulkan melalui 41 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Lubnan yang terjejas dalam letupan yang mengorbankan le­bih 200 nyawa di samping 6,000 cedera.

“Pada 10 Ogos lalu, kita telah membuat penyerahan fasa pertama bernilai RM200,000 kepada Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Hari ini merupakan penyerahan fasa terakhir sebanyak RM838,195 dan saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua 41 NGO yang banyak memainkan peranan dalam mengumpul sebanyak mungkin dana untuk membantu saudara kita di Lubnan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Abdul Hadi di Pejabat Presiden Pas di Rusila di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusni, pihaknya akan meminta pandangan Abdul Hadi yang juga merupakan penaung Sekretariat Aid4Labenon bagi menentukan bentuk-bentuk bantuan yang bakal dihulurkan daripada dana tersebut antaranya termasuk memperbaiki masjid yang rosak.

Terdahulu, katanya, bantuan fasa pertama difokuskan kepada bantuan makanan dan keperluan harian di samping ubat-ubatan kepada mangsa.

MARANG 11 September 2020. Sebahagian daripada 41 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Sekretariat Aid4Labenon yang berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM838,195 untuk membantu mangsa tragedi letupan ammonium nitrat yang berlaku di Beirut, Lubnan, 4 Ogos lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya