fbpx

Sandra Dianne selamat dikebumi di Tuaran

Sandra Dianne
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi muda, Sandra Dianne yang meninggal dunia selepas koma enam hari selamat dikebumikan di kampung halamannya, Kampung Kauluan, Tuaran.

Sandra, 26, menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi dan jenazah terus dibawa pulang ke kampung halamannya pukul 1 pagi semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menjalani latihan penuh program realiti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu lalu.

Usaha mendapatkan kenyataan daripada ahli keluarganya gagal.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pihak Astro akan membatalkan konsert kelima Big Stage dan digantikan dengan konsert #SandraDalamKenangan sebagai tanda penghargaan.

“Konsert tribute istimewa itu berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang arwah dan penglibatan beliau dalam industri seni tanah air terutamanya sepanjang pertandingan ‘Big Stage 2020’ berlangsung,” katanya. – UTUSAN

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI