Putra dakwa anak syarikat PKNP mungkin gulung tikar - Utusan Malaysia

Putra dakwa anak syarikat PKNP mungkin gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

IPOH: Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) mendakwa Perak Corporation Bhd. (PCB) iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) berdepan masalah kewangan yang serius dan mungkin gulung tikar.

Perkara itu didedahkan Ketua Penyelaras Putra yang juga Naib Presiden parti itu, Datuk Hamidah Osman yang turut mempertikaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kerana tidak mendedahkan perkara itu.

Malah katanya, ahli politik pembangkang juga dilihat hanya berdiam diri mengenai perkara itu.

“Dalam status laporan kewangan tahunan PCB terkini yang berakhir 31 Disember 2019, nilai aset yang dimiliki syarikat adalah sebanyak RM742 juta manakala jumlah libiliti adalah sebanyak RM751 juta.

“Ini bermakna liabiliti kini sudah mengatasi jumlah aset dan kalau syarikat yang dalam situasi begini keadaannya, kita sendiri fahamlah.

“Dalam laporan itu juga menunjukkan jumlah tunai dan baki bank yang dimiliki PCB juga hanya berjumlah RM25,000, dan begitulah keadaan betapa tenatnya keadaan kewangan PCB ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hamidah berkata, keadaan kewangan PCB menjadi meruncing selepas syarikat itu yang bertangungjawab ke atas pengurusan Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) membuat pinjaman sebanyak RM520 juta untuk dilaburkan dalam taman tema berkenaan.

Katanya, apa yang dipersoalkan adalah mengapa keadaan yang membelenggu PCB yang juga anak syarikat PKNP tidak disentuh dan dibongkar mahupun didedahkan ketika syarikat itu sudah pun dalam status penggulungan.

“Proses melibatkan setiap urusniaga PCB bukan hanya berlaku ketika zaman PH (Pakatan Harapan) memerintah malah ia sudah berlaku ketika kerajaan BN (Barisan Nasional) lagi.

“Akhirnya bagaimana kesalahan urus tadbir kerajaan mengakibatkan terlelongnya satu aset besar milik rakyat Perak,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.