fbpx

4 Disember 2020, 10:18 pm

  TERKINI

Persiapkan diri hadapi dalam politik berubah-ubah 

MOHD. Shahar Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Keadaan politik yang berubah-ubah ketika ini memerlukan semua pihak khususnya generasi muda untuk terus mempersiapkan diri bagi mendepani cabaran lebih besar pada masa akan datang.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Shahar Abdullah berkata, sebagai contoh, golongan tersebut perlu  memahami perbezaan antara kebersamaan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) serta Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Katanya, keadaan itu secara tidak langsung memerlukan keupayaan anak muda mentafsir apa yang sedang berlaku yang akan memberi kelebihan kepada mereka dalam mengharungi situasi semasa politik yang tidak stabil.

“Politik dinamika ini adalah satu keadaan norma baharu yang memerlukan ahli-ahli politik berfikiran secara terbuka dan pada masa sama, rakyat juga perlu bersiap sedia untuk bersikap lebih terbuka dalam hal ini.

“Sebab itulah saya yakin jika kita dapat memberikan penjelasan dan kefahaman yang terbaik kepada rakyat khususnya generasi muda, maka, ia juga akan memberi kemudahan kepada kita sendiri (dalam menyampaikan mesej kerajaan),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor di sini malam semalam.

Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan II memberitahu, Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangkan pada 6 November ini merupakan siri bajet kelima daripada enam fasa untuk proses pemulihan ekonomi negara khususnya dalam membendung penularan pandemik Covid-19.

Mohd. Shahar berkata, hasil kaji selidik yang dijalankan terhadap belanjawan itu juga mendapati, kebanyakan responden atau rakyat yang mengambil bahagian dalam memberi cadangan dan input begitu teruja untuk melihat suara mereka didengari.

“Kita nak dengar suara (rakyat) yang lebih jelas dan itulah yang saya cakap, tidak perlu ada lagi budaya kosmetik (mengubah suai atau menapis maklumat) ini.

“Maka, sebab itu jugalah kita turun sendiri hingga ke peringkat akar umbi untuk mendengar sendiri penjelasan ini. Apa yang penting ialah kita mendengar suara rakyat,” ujar beliau.-UTUSAN