Pentingnya ibu bapa jadi contoh terbaik anak-anak - Utusan Malaysia

Pentingnya ibu bapa jadi contoh terbaik anak-anak

Stadium Sultan Ibrahim sebelum ini turut menjadi venue sementara Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
RAJA Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Tunku Ismail juga berdoa sama ketika perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini.

JOHOR BAHRU : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar betapa pentingnya ibu bapa menonjolkan contoh dan tauladan terbaik kepada anak-anak.

Tegas baginda, amat mustahak kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya mereka mengikuti apa yang dilakukan sebagai satu ikutan.

Tunku Ismail turut berkongsi satu pengalaman manis yang membabitkan anakanda baginda iaitu Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar sewaktu perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, baru-baru ini.

Titah Tunku Ismail, sudah menjadi kebiasaan apabila ingin melakukan sesuatu atau menonton bola sepak, baginda akan sentiasa berdoa. 

“Ketika perlawanan JDT baru-baru ini, seorang individu telah merakam sekeping gambar pada minit ke-42 di mana pada ketika itu, kanak-kanak lain termasuk anak perempuan saya sedang bermain.

“Tetapi anak lelaki saya iaitu Tunku Iskandar dilihat sedang berdoa. Beliau menonton bola sepak dan berdoa sendiri,” titah Tunku Ismail dalam Facebook HRH Crown Prince Of Johor.

Hati baginda tersentuh dan amat terharu dengan sikap Tunku Iskandar yang turut sama berdoa sama seperti dilakukan oleh ayahandanya ketika perlawanan itu.

Sehubungan itu, Tunku Ismail bertitah, apa yang dilakukan di hadapan anak-anak adalah mustahak kerana mereka akan sentiasa melihatnya untuk dijadikan contoh. 

“Jadi, inilah yang ingin saya kongsikan kepada para ibu bapa. 

“Mustahak kita mendidik anak-anak kita mengikut apa yang kita lakukan untuk dijadikan contoh agar mereka menjadi insan yang lebih baik daripada kita,” titah baginda.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya