Pemilik tanah persendirian guna taktik sama gondol kawasan berbukit - Utusan Malaysia

Pemilik tanah persendirian guna taktik sama gondol kawasan berbukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Gondol dahulu, kemudian barulah tindakan dikenakan.

Itu taktik yang dikesan digunakan oleh pemilik-pemilik tanah persendirian di negeri ini yang menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah di kawasan berbukit yang dikhuatiri mendatangkan bahaya kepada orang ramai dan ekosistem hutan.

Penasihat Penang Citizen Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee berkata, pihaknya mengesan tiga kawasan berbukit di negeri ini digondolkan dengan menggunakan taktik yang sama iaitu kawasan Bukit Botak 1, Bukit Botak 2 dan Kuari Teluk Bahang.

“Bukit Botak 1 digondolkan pada  2013, kerja-kerja pembersihan hutan di kawasan ini dilakukan tanpa kebenaran dan kemudiannya pemilik tanah telah dikenakan tindakan.

“Kini kawasan Bukit Botak 2 pula digondolkan juga menggunakan cara yang sama iaitu gondol dahulu, kemudian barulah pihak berkuasa ambil tindakan kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Lee, kawasan Kuari Teluk Bahang juga didapati menggunakan kaedah sama walaupun arahan henti tugas telah dikeluarkan.

“Saya ingin bertanya kepada pihak berkuasa, cara ketiga-tiga pemilik tanah persendirian ini adalah sama, adakah mereka mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“Apa yang mereka lakukan ini seolah-olah tidak hormat dengan kerajaan negeri jadi kenapa kerajaan negeri membiarkan perkara ini terus berlaku,” katanya.

Tambah Lee, denda yang dikenakan kerana menggondolkan kawasan berbukit tanpa kebenaran juga tidak menakutkan pemilik-pemilik tanah persendirian tersebut.

Dalam pada itu, Lee bimbang dengan situasi terkini di kawasan bukit di sebuah kuil di Ayer Hitam yang juga digondolkan untuk pembinaan kolumbarium (tempat menyimpan abu mayat).

“Permit untuk menjalankan kerja-kerja tanah diperoleh untuk tempoh dua tahun iaitu bermula 2016, namun selepas dua tahun kawasan berhampiran kuil tersebut masih lagi gondol seolah-olah terbiar.

“Kami bimbang jika berlaku tanah runtuh di kawasan bukit yang terdedah ini terutama pada musim hujan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya