PDRM tiada maklumat tiga rakyat Malaysia ditahan di New Zealand - Utusan Malaysia

PDRM tiada maklumat tiga rakyat Malaysia ditahan di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima sebarang maklumat mengenai tiga rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan cubaan menyeludup rokok ke New Zealand.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semakan akan dilakukan terlebih dahulu mengenai penahanan itu.

“Setakat ini, saya tidak dimaklumkan lagi..saya perlu menyemak dahulu,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, sebuah portal negara berkenaan melaporkan, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 30-an itu akan didakwa di Mahkamah Daerah Auckland atas tuduhan menipu cukai kastam dan aktif dalam kumpulan penjenayah terancang.

Jelas laporan itu, waran tangkap dikeluarkan Jabatan Kastam dan polis negara berkenaan untuk mengeledah beberapa kediaman di Mt Roskill, Flat Bush dan Albany.

Dalam serbuan itu, tiga individu itu ditahan serta wang tunai berjumlah NZ$20,000 (RM55,557) dan sejumlah rokok juga dirampas.

Memetik kenyataan Pengarah Siasatan New Zealand, Bruce Berry, portal berkenaan mendedahkan mereka yang ditahan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah terancang Malaysia yang beroperasi di New Zealand. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya