Mati dipijak kepala, leher dalam pergaduhan - Utusan Malaysia

Mati dipijak kepala, leher dalam pergaduhan

HASRON NAZRI HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan dua lelaki yang menyebabkan kematian seorang daripada mereka dalam kejadian di Kampung Batu Putih di sini baru-baru ini.

Lelaki berusia 54 tahun yang cedera parah setelah dipijak beberapa kali di kepala dan leher dalam kejadian pada 28 Ogos lalu, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh 1 September lalu. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di belakang rumahnya pada pukul 1 petang dan dihantar ke Hospital Kampar untuk rawatan kecemasan.

Katanya, lelaki yang dalam keadaan koma itu kemudiannya dirujuk ke HRPB setelah pemeriksaan mendapati mangsa patah tulang leher dan rahang serta mempunyai darah beku di kepala.

“Pemeriksaan luaran ke atas mangsa mendapati terdapat bengkak di bahagian kiri kepala dan luka di dada. “Hasil imbasan di bahagian kepala dan leher pula mendapati mangsa mengalami pendarahan di otak sebelah kiri dan retak tulang leher,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Hasron Nazri memberitahu, laporan polis telah dibuat adik mangsa dan hasil temu bual bersama abang lelaki itu memberitahu mangsa tidak bekerja sejak lima tahun lalu selepas berhenti menjadi sami di Kuil Batu Puteh.

Katanya, mangsa yang tidak memiliki telefon bimbit itu tinggal di sebuah rumah kosong bersama seorang lelaki lain beberapa bulan lalu.

“Pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu. “Suspek bagaimanapun berjaya diberkas dua hari selepas kejadian di Jalan Besar Tapah.

Hasil temu bual awal, suspek mengaku bergaduh dan telah memijak bahagian kepala dan leher mangsa,” katanya.

Tambah beliau, suspek berusia 30 tahun itu mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kampar esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya