fbpx

24 Oktober 2020, 5:14 am

  TERKINI

MAQIS Selangor rampas brokoli berkulat dari China

ANTARA brokoli berkulat daripada China yang dirampas MAQIS Selangor selepas pemeriksaan rutin di Pelabuhan Klang Barat, Selamgor Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri telah merampas sebanyak 2,376 kilogram brokoli berkulat yang dibawa masuk dari China, Selasa lalu.

Pengarahnya, Dr. Tarmisal Alimin berkata, rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan rutin yang di Pelabuhan Klang Barat dekat sini.

“Dagangan brokoli tersebut telah ditahan oleh pihak MAQIS kerana dipercayai mempunyai kulat pada produk tersebut.

 “Dagangan brokoli seberat 2,376 kilogram dengan nilai dagangan dianggarkan berjumlah RM15,684.46,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Tarmisal,  jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam  tahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta yang sama.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 14  (a), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Kita sentiasa meneliti dalam menjalankan pemeriksaan bagi keluaran pertanian yang diimport ke negara supaya setiap keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara bebas daripada perosak, penyakit, bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.-UTUSAN