Lelaki maut sabit sawit terpacak atas dada - Utusan Malaysia

Lelaki maut sabit sawit terpacak atas dada

POLIS melakukan pemeriksaan terhadap mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di Bukit Asahan, Jasin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Gara-gara cuba mengelak daripada dihempap tandan kelapa sawit, seorang lelaki maut selepas sabit pemotong buah pada galah yang dipegangnya terjatuh lalu tertusuk pada dada kirinya di Ladang Sawit Bukit Asahan, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Misnan, 32, yang juga warga Indonesia ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.20 pagi daripada seorang pekerja lelaki mengatakan mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Hasil soal siasat, pekerja ladang tersebut memaklumkan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas tanah dan mengalami kecederaan parah.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa disyaki terkena sabit pemotong buah sawit yang jatuh dan terpacak pada dada sebelah kiri sehingga terkena jantungnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mispani berkata, insiden itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang mengait buah kelapa sawit di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya