Lelaki maut Hilux rempuh pokok - Utusan Malaysia

Lelaki maut Hilux rempuh pokok

SEBUAH pacuan empat roda terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 16 Jalan Sungai Ruan-Lembah Klau di Raub, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di hadapan sebuah rumah di Kilometer 16 Jalan Sungai Ruan-Lembah Klau, di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku ketika mangsa, Neng Sai Mun, 28, dalam perjalanan dari arah Lembah Klau ke Sungai Ruan.

“Apabila sampai di tempat kejadian kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di hadapan sebuah rumah dan kedai makan yang berada di sebelah kanan.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pemandu yang memandu secara laju dan hilang kawalan lalu terbabas sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kama Azural, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan giat dilakukan termasuk mengesan saksi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik dan kering,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.