Kursus CPR untuk anggota, pegawai polis - Utusan Malaysia

Kursus CPR untuk anggota, pegawai polis

ZAINAL ABIDIN KASIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan setiap anggota dan pegawainya memiliki kemahiran melakukan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebagai persediaan ketika berdepan kecemasan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, satu kursus latihan CPR akan diberikan kepada kumpulan sasaran yang bertugas di barisan hadapan antaranya kereta peronda polis (MPV).

Katanya, peruntukan bagi menjalankan aktiviti itu sudah disediakan bagi pelaksanaan latihan secara dalaman di semua daerah.

“Kita tidak tahu bila kemalangan boleh berlaku termasuk risiko pernafasan mangsa terhenti dan sebagainya sekali gus membataskan pihak polis membantu mereka yang dalam kecemasan.

“Ilmu dan kemahiran CPR ini merupakan sebahagian latihan dalaman disediakan bagi memastikan petugas polis mempunyai ilmu tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan 14 MPV model Honda Civic 1.8.s di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik.

Zainal Abidin berkata, pengendalian kursus itu kelak akan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Dalam perkembangan sama, katanya, penyerahan MPV baharu yang dilengkapi kamera dashboard dan kit itu diharap dapat meningkatkan lagi imej dan integriti polis ketika bertugas mencegah jenayah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya