Komuniti Sijangkang kutip satu tan pelitup muka terpakai dan sampah - Utusan Malaysia

Komuniti Sijangkang kutip satu tan pelitup muka terpakai dan sampah

Ahli Kelab Ex-Class SK Sijangkang 83/88 dan penduduk setempat bergambar bersama selepas Program Kayuh Kutip Kumpul Lupus Nyah Covid-19 di Kampung Sijangkang Sempadan, Kuala Langat semalam. -UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Dalam mengekang penularan Covid-19, komuniti Kampung Sijangkang Sempadan Batu 7 menganjurkan Program Kayuh Kutip Kumpul Lupus Nyah Covid-19 bagi mengutip pelitup muka dan sampah kecil semalam.

Program yang disertai 100 peserta itu merupakan kerjasama antara Kelab Ex-Class (KEC) 83/88 Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang itu berjaya mengutip satu tan pelitup dan sampah kecil.

Menurut setiausaha kelab itu, Adi Surya Umri, aktiviti mengutip sampah itu diadakan dalam jarak lima kilometer bagi memastikan pengurangan jangkitan pandemik Covid-19 yang kembali meningkat tiga digit.

“Dengan adanya program seperti ini diharapkan dapat mengurangkan penularan Covid-19 selain mengambil langkah berjaga-jaga.

“Program melibatkan 100 peserta tersebut turut melibatkan Pemuda Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang dan turut disertai dan dirasmikan oleh Nazir Masjid, Zainal Ulum Ahmad Kasah,”katanya ketika ditemui selepas program di sini semalam.

Terdahulu, program yang berlangsung selama empat jam bermula pukul 8.00 pagi itu turut melibatkan ahli Kelab Sijangkang Cycling, Ahli Kariah Surau Haji Mohsin dan Surau Haji Saliman, Sijangkang.

Tambah Adi Surya, program tersebut tidak sahaja memfokuskan kepada kutipan pelitup muka sahaja tetapi menjaga kepentingan kesihatan.

“Bukan itu sahaja, program ini juga sekaligus dapat memupuk semangat kerjasama antara masyarakat pelbagai golongan.

“Selain itu, bagi memastikan peserta tidak terdedah kepada jangkitan, peserta diberikan taklimat langkah-langkah pencegahan dan prosedur operasi standard (SOP) oleh Timbalan Pengerusi KEC yang juga Doktor Perubatan, Dr.Tuty Adrizan Iradwati Mohsinon,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya