Keputusan Temco di Sabah diumum hari ini - Utusan Malaysia

Keputusan Temco di Sabah diumum hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Keputusan sama ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) bagi seluruh Sabah akan diketahui petang ini. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ketika ditemui media dalam satu majlis di sini hari ini.  

 “Yang ini tunggu pengumuman petang ini iaitu tindakan seterusnya di negeri Sabah,” katanya kepada media selepas merasmikan Bengkel Kejururawatan Bagi Penjagaan Payudara Kali Ketujuh di Institut Kanser Negara (IKN) di sini. 

  Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada Kementerian Kesihatan akan menasihatkan kerajaan negeri Sabah bagi pelaksanaan Temco. 

 Ia susulan peningkatkan kes di negeri tersebut malah, terdapat 10 kluster aktif Covid-19 sehingga kini dilaporkan.

  Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, pelbagai langkah telah dijalankan bagi mengekang jangkitan kes penularan di Sabah. 

“Tindakan kita ialah kita sudah pun memperketatkan kawalan sempadan supaya pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak masuk ke negara ini,” katanya. 

 Ditanya sama ada wujud pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) susulan laporan lima pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang dikesan Covid-19, beliau berkata, berkemungkinan mereka yang positif Covid-19 itu tidak mengetahui dijangkiti. 

 “Mungkin mereka yang positif itu ke pusat beli-belah dan tidak tahu kes dia positif, jadi dia pergi (ke pusat beli-belah). 

 “Apabila kita mendapat maklumat tersebut, apa perlu kita buat ialah nyah kuman kawasan dan tempat itu, jadi kita boleh mengambil langkah pencegahan,” katanya. 

Media melaporkan, kes Covid-19 dikesan di beberapa pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang membabitkan empat di Kuala Lumpur dan satu di Selangor.

Pusat beli-belah tersebut ialah The Linc KL, Suria KLCC, NU Sentral, L Gateway Mall dan Sunway Pyramid. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya