Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara tentukan keputusan tutup sekolah di Kedah - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara tentukan keputusan tutup sekolah di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebarang keputusan untuk menutup sekolah di daerah-daerah lain di Kedah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di daerah Kota Setar akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, penutup sekolah hanya akan dilaksanakan selepas mendapat nasihat profesional dua kementerian itu dengan melihat berdasarkan kes dan keperluan.

Menurutnya, justeru pihak kementeriannya sentiasa bekerjasama rapat dengan KKM dan MKN bagi memastikan keselamatan para pelajar serta guru-guru di seluruh negara menjadi keutamaan.

Menurut beliau, ketika ini semua sekolah juga mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap sepertimana ditentukan oleh pihak KKM sebagai langkah memutuskan rantaian Covid-19.

“Sebarang keputusan membabitkan penutupan sekolah berkaitan Covid-19 adalan di bawah bidang kuasa KKM dan MKN, hanya apabila kedua-dua pihak berkenaan membuat ketetapan.

“Kita sememangnya sentiasa mengambil berat soal keselamatan pelajar dan warga pendidik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan Reverend William Edward Horley dan Ms Grace Towers di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita kemungkinan kementeriannya bercadang untuk menutup sekolah di negeri Kedah ekoran pelaksanaan Temco di daerah Kota Setar ekoran wabak Covid-19.

Pelaksanaan Temco yang berkuatkuasa sehingga 25 September ini melibatkan kira-kira 336,787 penduduk susulan Kluster Sungai dan Kluster Telaga. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya