Kedah tidak keluar lesen balak  - Utusan Malaysia

Kedah tidak keluar lesen balak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pejabat Menteri Besar Kedah menjelaskan tiada pengeluaran lesen pembalakan sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan negeri terdahulu pada Mei lepas.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan di sini hari ini berkata, satu hantaran di Facebook milik Sabrina Syed berkaitan imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning di Padang Terap sejak semalam didakwa bertujuan memberi imej buruk kepada pentadbiran pimpinan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor

“Dua imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning tersebar menerusi pelbagai platform internet, seolah-olah kerajaan negeri hari ini yang membenarkan pembalakan di kawasan berkenaan  pada Julai dan Ogos lalu.

“Apa yang sebenarnya, sejak mengambil alih kepimpinan bermula 17 Mei, kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen pembalakan.

“Pembalakan di kawasan yang dikatakan berhampiran Empangan Ahning, mengikut rekod Jabatan Perhutanan diberi lesen membalak pada 2019, untuk tempoh berkuat kuasa antara 25 Februari hingga 25 Ogos lalu yang merupakan lesen yang disambung semula oleh Jabatan  Perhutanan disebabkan kerja ‘pengusahahasilan’ yang belum selesai,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Jabatan Perhutanan mengeluarkan lesen membalak untuk dikeluarkan semua hasil sebelum tanah itu diluluskan hak milik kepada syarikat Tradewinds.

“Keputusan untuk memberi hak milik tanah kepada syarikat berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Hasil Bumi pada 1 Ogos 2017,” jelasnya.

Sementara itu, Facebook Sabrina Syed viral sejak semalam dengan hantaran, “Dalam sekelip mata kemusnahan hutan bersebelahan dengan Tasik Ahning, Kedah. Dari Julai  hingga Ogos 2020. 75 hektar.”

Hantaran turut memaparkan dua imej satelit didakwa kesan pembalakan di Empangan Ahning.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.