Kedah mohon 200 menara telekomunikasi - Utusan Malaysia

Kedah mohon 200 menara telekomunikasi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kerajaan negeri memohon mendapatkan kira-kira 200 menara telekomunikasi baharu bagi mengatasi masalah capaian internet yang perlahan di beberapa kawasan di negeri ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu telah diusulkan dalam pertemuan bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kira-kira dua minggu lalu.

“Alhamdulillah, kedua-dua pihak memberi reaksi yang sangat positif. Saya dimaklumkan SKMM memang mempunyai dana untuk membina menara telekomunikasi bagi kepentingan ramai yang bukan bersifat komersial.

“Insya-Allah, kita akan memperoleh 200 menara telekomunikasi itu dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 nanti. 

“Pada masa itu, saya yakin masalah capaian talian telefon dan internet perlahan dapat diselesaikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Maahad Tahfiz Darul Ulum Ar-Rahimiyah di Jitra di sini hari ini.

Pada lawatan itu, beliau meninjau keadaan maahad tahfiz tersebut yang terbakar Jumaat lalu serta menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusannya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kepayahan dilalui penduduk di Ladang UP, Bukit Selambau dekat Sungai Petani yang terpaksa membina menara telekomunikasi sendiri dengan memacak tiang untuk meletakkan modem internet tanpa wayar dan ditutup dengan baldi sebagai inisiatif mendapatkan talian.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau memahami situasi dihadapi memandangkan penggunaan internet pada zaman ini sememangnya merupakan satu keperluan.

Namun, katanya, beberapa perkara sering menjadi pertimbangan pihak syarikat swasta antaranya soal kos dan pulangan pelaburan memandangkan pembinaan menara telekomunikasi memerlukan belanja tinggi iaitu RM200,000 untuk pembinaan serta RM1.3 juta bagi peralatannya. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya