Jauh panggang dari api - Ramli - Utusan Malaysia

Jauh panggang dari api – Ramli

Ramli Mohd. Nor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: ‘Jauh panggang dari api’. 

Itu penegasan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor selepas namanya turut didakwa terlibat menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentukan kerajaan baharu. 

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kelmarin, Anwar mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas pihaknya memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Kata Anwar, kerajaan baharu terbabit adalah gabungan ahli Parlimen daripada pelbagai parti, namun beliau tidak menyebut berapakah jumlah majoriti yang diperolehnya. 

Semalam, tular nama-nama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa menyokong Anwar dan empat daripadanya dari negeri ini. 

Selain Ramli, tiga lagi adalah Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Ahmad Nazlan juga menafikan dakwaan beliau menyokong Anwar dalam pembentukan kerajaan baharu.

“Saya tidak terlibat, Anwar meroyan tahap kritikal,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya