Jangan beri muka pada kilang haram - Utusan Malaysia

Jangan beri muka pada kilang haram

JAMAL Md. Yunos membawa peralatan mandi yang ingin 'dihadiahkan' kepada Menteri Besar Selangor di Bangunan SSAS di Shah Alam, hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor perlu menyenaraikan jumlah kilang yang tidak berlesen dan masih beroperasi di negeri ini. 

Dalam masa sama, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mendesak pihak berkuasa tidak ‘memberi muka’ kepada pemilik kilang haram terus beroperasi.

“Kilang-kilang tidak berlesen dan masih beroperasi dalam jarak radius dua kilometer dari sungai wajar dihentikan operasi dengan segera.

“Rakyat ingin tahu berapa jumlah kilang haram yang masih beroperasi dan kerajaan negeri perlu memberi  penjelasan berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) hari ini.

Terdahulu, usaha Jamal menyerahkan kertas cadangan memastikan pemeliharaan sungai sebagai sumber bekalan air kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dihalang polis dan tiada wakil Pejabat Menteri Besar menerima kertas cadangan tersebut. 

Antara yang terkandung dalam kertas cadangan tersebut adalah meminta Mahkamah Khas Pencemaran diwujudkan bagi mendakwa penjenayah alam sekitar dengan hukuman berat.

“Penjenayah alam sekitar yang melakukan pencemaran perlu terus ditangkap dan dipenjarakan pada masa akan datang.

“Suatu bon jaminan yang tinggi perlu dikenakan dan boleh dirampas jika pengusaha kilang haram terus mengulangi perbuatan mereka,” katanya.

Semalam, Amirudin memaklumkan kerajaan negeri akan meneruskan program pemutihan kilang haram yang dijalankan sejak 2008 sehingga akhir tahun ini sebagai antara usaha  memelihara kawasan sungai di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.