Harga petrol RON95, RON97 naik 5 sen - Utusan Malaysia

Harga petrol RON95, RON97 naik 5 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.63 seliter kepada RM1.68 seliter bermula esok sehingga 2 Oktober ini.

Harga runcit petrol RON97 juga naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.98 seliter manakala harga runcit diesel turut naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada 

RM1.67 seliter kepada RM1.71 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, perubahan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya