Hajiji kekalkan DUN Sulaman - Utusan Malaysia

Hajiji kekalkan DUN Sulaman

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman selepas menewaskan dua lawannya dengan majoriti lebih kecil iaitu sebanyak 3,099 undi. 

Calon Perikatan Nasional (PN) itu berjaya memperoleh 5,919 undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Aliasgar Basri yang meraih 2,820 undi. 

Seorang lagi pencabar Hajiji iaitu Rekan Hussien mewakili Parti Cinta Sabah (PCS) telah hilang deposit apabila hanya mendapat 253 undi. 

Hajiji merupakan penyandang DUN Sulaman selepas memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu menewaskan dua lawan lain dari Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah. 

Beliau yang ketika itu mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti 7,774 undi mengatasi Abdullah Sani Daud (Warisan) dan Arifin Harith (Parti Harapan Rakyat Sabah). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya