Guna taktik sama gondol tanah - Utusan Malaysia

Guna taktik sama gondol tanah

YAN Lee menunjukkan beberapa kawasan berbukit yang digondolkan oleh pemilik-pemilik tanah persendirian di Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Gondol dahu­lu­ dan tunggu pihak berkuasa mengambil tindakan.

Itu taktik digunakan pemilik-pemilik tanah persendirian di negeri ini yang menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah­ di kawasan berbukit.

Kaedah itu dikhuatiri mendatangkan bahaya kepada orang ramai dan ekosistem hutan.
Penasihat Penang Citizen­ Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee berkata, tiga kawasan berbukit yang dikesan menggunakan taktik sama adalah di Bukit Botak 1, Bukit Botak 2 dan Kuari Teluk Bahang.

“Bukit Botak 1 digondolkan pada 2013, kerja-kerja pember­sihan hutan kawasan ini dilakukan tanpa kebenaran dan kemudian pemilik tanah dikenakan tindakan.

“Kini kawasan Bukit Botak 2 pula digondolkan juga menggunakan cara sama iaitu gondol dahulu, kemudian barulah pihak berkuasa ambil tindakan ke atas mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Lee, kawasan Kuari Te­luk Bahang turut dikesan menggunakan kaedah serupa wa­laupun arahan henti tugas te­lah dikeluarkan pihak berkuasa.

“Saya ingin bertanya kepada pihak berkuasa, cara ketiga-tiga pemilik tanah persendirian ini adalah sama, adakah mereka mempunyai kaitan antara satu sama lain?

“Apa yang mereka lakukan ini seolah-olah tidak hormat dengan kerajaan negeri jadi kenapa kerajaan negeri membiarkan perkara ini terus berlaku,” katanya.

Tambah Lee, denda dikenakan kerana menggondolkan kawasan berbukit tanpa kebenaran juga tidak menakutkan pemilik-pemilik tanah tersebut.

Beliau bimbang dengan situasi terkini di kawasan bukit di sebuah kuil di Ayer Hitam yang juga digondolkan untuk pembinaan kolumbarium (tempat menyimpan abu mayat).

“Permit untuk menjalankan kerja-kerja tanah diperoleh untuk tempoh dua tahun iaitu bermula 2016, namun selepas dua tahun, kawasan berhampiran kuil tersebut masih lagi gondol seolah-olah terbiar.

“Kami bimbang jika berlaku tanah runtuh di kawasan bukit yang terdedah ini terutama pada musim hujan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya