80 peratus kandungan media sosial berbaur isu perkauman - Utusan Malaysia

80 peratus kandungan media sosial berbaur isu perkauman

ISMAIL SUALMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan dicadang untuk mewujudkan penalti bagi pihak yang sengaja mencetus provokasi berunsur perkauman di negara ini.

Pengarah Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Datuk Dr. Ismail Sualman berkata, perkara itu perlu bagi mengekang isu berkenaan yang dilihat semakin berleluasa.

Hal ini kerana menurutnya, kajian yang dijalankan bersama suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan 80 peratus kandungan bahan di sosial media pada ketika ini berbaur perkauman.

“Banyak kes yang kita lihat sebelum ini hanya selesai dengan perkataan ‘maaf’ dan selepas itu si pelaku dilepaskan. Sebab itu masih berlaku kejadian seperti menconteng gambar pemimpin dan raja-raja dimomokkan.

“Jadi, untuk mengekang dengan lebih berkesan perlu ada penalti atau hukuman yang lebih keras bagi mereka yang menggunakan media sosial sebagai gelanggang perkauman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Bicara Kenegaraan Siri 2 bertemakan Cabaran Naratif Masa Hadapan Malaysia di sini, hari ini.

Program itu turut menampilkan dua panel lain iaitu Pengarah Pusat Latihan Industri Universiti Malaya (UM), Dr. Wendy Yee Mei Tien dan Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utusan Malaysia (UUM), Prof. Dr. Azizuddin Mohd. Sani

Sementara itu, Wendy berkata, rakyat perlu memainkan peranan dengan mengarusperdanakan kisah-kisah perpaduan dalam perkongsian di media sosial.

“Cuba untuk kongsikan dalam sosial media mengenai perkara yang positif mengenai perkauman daripada menceritakan perkara yang negatif.

“Perkara ini secara tidak langsung dapat melawan unsur-unsur negatif yang terdapat di media sosial pada ketika ini,”ujarnya. -UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya