400 syarikat pengawal keselamatan ‘sewakan’ lesen - Utusan Malaysia

400 syarikat pengawal keselamatan ‘sewakan’ lesen

MUSA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lebih 400 pemilik syarikat pengawal keselamatan di negara ini dipercayai ‘menyewa’ lesen mereka kepada pihak ketiga untuk mengendalikan perkhidmatan itu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sebanyak 800 syarikat telah berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), tetapi hanya 300 pemilik benar-benar menjalankan perkhidmatan itu.

Ujarnya, perkara ini dilihat amat membimbangkan memandangkan pihak ketiga itu dilihat sewenang-wenangnya mengupah pengawal keselamatan yang tidak ditapis pihak berkuasa.

Justeru, kerajaan perlu menangani keadaan itu dengan segera agar perkara tersebut tidak memberi ancaman kepada industri keselamatan.

“Syarikat berdaftar terbabit hanya mengaut keuntungan daripada hasil sewaan kepada pihak ketiga dan menyebabkan operasi yang dijalankan  tidak selamat serta mengabaikan piawaian yang sepatutnya. 

“Bukan itu sahaja, ada juga pihak ketiga lesen tersebut menyewa kepada pihak yang lain. Jadi, tidak mustahil ada yang tangkap muat pengawal keselamatan termasuk mengambil warga asing selain  warganegara Nepal,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, Musa hadir dalam Mesyuarat Agong Tahunan pertama Persatuan Industri Keselamatan Selangor dan Wilayah Persekutuan (SWiSS).

Mengulas lanjut, Musa yang juga merupakan Pengerusi SWiSS berkata, melihat kepada masalah yang wujud dalam industri itu, beliau komited menubuhkan persatuan berkenaan untuk memastikan semua syarikat pengawal keselamatan berada landasan yang betul.

“Penubuhan persatuan ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana syarikat pengawal keselamatan lain dan juga Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), sebaliknya untuk membantu memperkasakan industri itu pada tahap yang lebih selamat.

“Selain itu, SWiSS juga berperanan untuk menyediakan latihan kepada pengawal keselamatan yang ada termasuk memperkenalkan penggunaan teknologi dan innovasi selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya