4 pengguna Facebook bakal disaman EKA Noodles Berhad - Utusan Malaysia

4 pengguna Facebook bakal disaman EKA Noodles Berhad

SAFFIE Bakar (tengah) menunjukkan sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk produk-produk keluaran EKA Noodles Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN:  Gara-gara menularkan berita palsu mengenai pengeluaran bihun milik EKA Noodles Berhad (EKA) di media sosial, empat pengguna Facebook bakal dikenakan tindakan saman oleh syarikat pengeluar bihun beras itu.

Pengerusi EKA, Saffie Bakar berkata, notis tuntuan maaf dan menuntut penjelasan telah dihantar kepada pengguna Facebook berkenaan minggu lalu kerana mengaitkan kilang pengeluaran bihun EKA dengan operasi serbuan yang dijalankan di Kampung Selamat baru-baru ini.

“Kami menuntut agar pelaku memberi penjelasan yang sebenar dan memohon maaf,  kami meminta mereka berbuat demikian di laman Facebook peminat EKA Malaysia kami.

“Jika keempat-empat mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, pihak pengurusan EKA tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sebelum ini, tular mengenai kilang memproses bihun dan laksa di Kampung Selamat, Tasek Gelugor yang diarah tutup oleh pihak berkuasa kerana beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak memenuhi piawaian Jabatan Kesihatan.

Empat pengguna Facebook yang bakal disaman itu telah memuat naik status mengaitkan pengeluaran bihun oleh EKA sebagai kilang yang diarahkan ditutup oleh pihak berkuasa itu.

Menurut Saffie, laporan dan aduan rasmi mengenai berita palsu itu yang kini tersebar luas di media sosial telah diajukan kepada Biro Aduan Pengguna (Biro Pengaduan Awam), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis dengan semua laporan itu telah dimuat naik ke laman web www.sebenarnya.my/salur.

“Sejak beroperasi selama 20 tahun, EKA sering dikaitkan dengan pelbagai berita palsu yang menjatuhkan jenama kami, namun tiada tindakan diambil.

“Kali ini tindakan undang-undang perlu diambil supaya tiada lagi berita palsu ditularkan mengenai produk keluaran syarikat kami,” katanya.

Tambahnya, semua produk keluaran EKA disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak 2000 malah EKA juga mempunyai Eksekutif Kanan Halal untuk mengawasi dan memantau proses pengeluaran produk syarikat agar patuh dengan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.