3 suspek ditahan bersama dadah bernilai RM23,600 - Utusan Malaysia

3 suspek ditahan bersama dadah bernilai RM23,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PERMATANG PAUH: Polis menjumpai dan merampas empat paket dadah jenis ‘Methamphetamine’ seberat 236 gram yang dipercayai bernilai RM23,600 dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Seberang Jaya, di sini, kira-kira pukul 11.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, dua lelaki bersama seorang wanita warga Thailand turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Terdahulu kata Shafee, suspek pertama iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumah berkenaan.

Beliau berkata, penahanan suspek yang juga seorang penganggur itu kemudian membawa kepada penemuan dua lagi rakannya di rumah tersebut.

“Selain dadah, polis turut menjumpai beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan menghisap dadah dalam rumah itu.

“Ketiga-tiga suspek termasuk wanita itu juga positif dadah jenis ‘Methamphetamine’ selepas satu ujian saringan air kencing dijalankan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, siasatan lanjut bagaimanapun mendapati, hanya suspek pertama memiliki rekod lampau termasuk tiga rekod berkaitan dadah dan satu rekod jenayah.

Katanya, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya