3 pegawai Imigresen ditahan SPRM - Utusan Malaysia

3 pegawai Imigresen ditahan SPRM

TIGA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan kes percepatkan proses pengeluaran pas kepada warga asing untuk kembali ke negara asal tanpa melalui Sistem Temujanji Online (STO) di Istana Kehakiman, di sini, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai Jabatan Imigresen bagi membantu siasatan selepas disyaki menerima  suapan bagi mempercepat proses pengeluaran pas kepada warga asing untuk kembali ke negara asal tanpa melalui Sistem Temujanji Online (STO).

Perintah tahanan reman selama lima hari sehingga 14 September itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, ketiga-tiga pegawai Imigresen yang berusia antara 33 tahun hingga 35 tahun itu ditahan antara pukul 12 tengah hari hingga 5.50 petang di Pejabat SPRM Putrajaya kelmarin ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, kegiatan tersebut dipercayai beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kata beliau, pegawai Imigresen terbabit dikatakan berurusan dengan orang tengah bagi menguruskan pengeluaran pas bagi warga asing yang tinggal melebihi tempoh di negara ini untuk kembali ke negara asal mereka.

“Sebagai balasan, pegawai-pegawai Imigresen berkenaan dikatakan mengambil suapan antara RM300 hingga RM500 bagi setiap pas yang telah dikeluarkan tanpa melalui STO,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya