20,000 graduan terima manfaat KPT-CAP - Utusan Malaysia

20,000 graduan terima manfaat KPT-CAP

MUHYIDDIN Yassin hadir pada Majis Pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini. Turut kelihatan, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad (kiri). -UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI : Seramai 20,000 graduan dijangka akan mendapat manfaat melalui  program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) – Career Advancement Programme (KPT-CAP).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, sehingga hari ini, sebanyak 140 program telah disusun dalam program kemajuan kerjaya itu melibatkan sinergi dengan lebih daripada 100 syarikat. 

Katanya, langkah itu sekali gus dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan sekali gus menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi negara.

Katanya, kerajaan telah menyalurkan waran peruntukan berjumlah RM100 juta kepada KPT bagi tujuan pelaksanaan KPT-CAP itu  yang akan bermula pada 16 Oktober sehingga 31 Disember ini di IPT terpilih manakala penempatan pekerjaan bermula awal Januari depan.

“Pada tahun ini dijangkakan sejumlah 300,000 graduan bakal menamatkan pengajian masing-masing. Mengambil kira impak pandemik Covid-19, KPT mengunjurkan 25 peratus atau 75,000 bakal graduan kita mungkin terjejas peluang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. 

“Justeru, berdasarkan 41,161 graduan yang belum bekerja dalam tahun 2019, serta unjuran 75,000 bagi tahun semasa, maka dianggarkan seramai 116,161 graduan yang perlu diberi perhatian untuk ditingkatkan lagi kebolehpasaran mereka,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian KPT-CAP oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam.

Menurut Noraini, terdapat tiga program utama yang digerakkan di bawah KPT-CAP itu iaitu pertama pemadanan dan penempatan pekerjaan kepada para graduan yang mengikuti program itu yang akan ditawarkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang telah memberikan jaminan pekerjaan melalui letter of commitment.

Katanya, program kedua pula ialah program berterusan keusahawan iaitu program latihan yang berupaya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan sehingga berupaya menubuhkan syarikat pemula dengan diberikan bantuan pembiayaan.

 “Ketiganya pula ialah program yang bercirikan ekonomi Gig. Program latihan ini mampu membantu peserta untuk menjana pendapatan melalui aktiviti berbentuk freelancing,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya