19.2 tan kopi Arabica disita  - Utusan Malaysia

19.2 tan kopi Arabica disita 

SEBANYAK 19.2 tan metrik biji kopi Arabica yang cuba dibawa masuk secara tidak sah melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang di sita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas sebanyak 19.2 tan biji kopi Arabica yang cuba dibawa masuk secara tidak sah melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, produk dari Papua New Guinea itu dirampas semasa pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari selepas didapati tidak mematuhi syarat permit import.

Menurut beliau, produk itu yang dibawa dengan 320 guni disita selepas didapati melanggar syarat import iaitu ketidakpatuhan Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).

“Biji kopi tersebut yang ditemui di dalam sebuah kontena bernilai RM156,213.57,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya