109 terima watikah lantikan Pengerusi JPKKP Kampung Baru - Utusan Malaysia

109 terima watikah lantikan Pengerusi JPKKP Kampung Baru

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Seramai 109 individu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Baru membabitkan empat buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kesemua pengerusi JPKKP itu dilantik bagi tempoh setahun berkuatkuasa 1 September lalu hingga 31 Ogos 2021.

Beliau berkata, JPKKP diwujudkan di kawasan kampung baru Cina khususnya di empat negeri yang ditadbir parti pembangkang.

“Daripada 109 pengerusi yang dilantik, 66 adalah dari Selangor, Negeri Sembilan (26), Kuala Lumpur (3) dan Pulau Pinang (2).

“Buat masa ini, ada 33 lagi lantikan Pengerusi JPKKP belum diselesaikan bagi empat negeri berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengerusi JPKKP di sini, hari ini.

Katanya, perlantikan pengerusi berkenaan adalah lantikan politik dan pemilihan mereka disaring diperingkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mana perlu melepasi kriteria ditetapkan termasuk boleh berbahasa Melayu, memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berumur 60 tahun ke bawah.

Zuraida berkata, setiap kampung baru Cina ini akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 setahun yang akan dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan, pembelajaran, gotong-royong, ceramah dan sebagainya.

Menurutnya, setiap pengerusi yang dilantik juga boleh memohon pinjaman peribadi dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) dimana RM20 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.

“Mereka boleh menggunakan pinjaman itu untuk menjalankan perniagaan, membaiki rumah dan kegunaan peribadi lain.

“Secara keseluruhan, kerajaan memperuntukkan RM80 juta bagi kampung baru Cina termasuk RM60 juta bagi pembangunan kampung dan RM20 juta dalam bentuk pinjaman BSN,” katanya.

Katanya, beliau juga melahirkan rasa gembira kerana melihat dua pertiga daripada lantikan pengerusi adalah dalam kalangan orang muda malah, pelantikan wanita sebagai pengerusi juga bertambah.

Dalam pada itu, Zuraidah juga berharap pengerusi yang dilantik ini dapat menjadi agen kerajaan untuk menyampaikan polisi-polisi kerajaan dan menganjurkan program-program ceramah kelompok.

“Antara lain, JPKKP juga menyedia dan mengemas kini profil kampung dari semasa ke semasa, menguruskan hal kebajikan dan kesejahteraan dasar semasa kerajaan, menyebar luasa dasar kerajaan, melaksana program komuniti, memantau dan merancang pelaksanaa projek pembangunan di kampung,” katanya.

JPKKP ditubuhkan di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bagi menggantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.